Assalamualaikum,
Baru saja habis mengerjakan sembahyang maghrib. Waktu sembahyang tadi teringat pulak hal-hal duniawi yang perlu dibuat esok (claim,gaji,data migration,bro Amir dan Algain,plan pagi esok,dll...). Jadi nampak sangat sembahyang aku tak khusyuk. Jadi persoalannya sekarang, apa tindakan yang perlu dibuat untuk mengelak perkara sebegini berulang?
Pernah aku berbincang dengan bossku/kawanku (Haizar), dah berapa lama kita buat kerja ni (sembahyang), dari sejak kita kecik lagi (seingat aku darjah 4) kita buat, sampai sekarang (dah 17 tahun!!!) tak betul-betul lagi?
Kalau majikan biasa, memang dah lama kena pecat dah, bukan saja kena pecat, ntah-ntah kena saman lagi. Tapi kenapa boss besar kita (Allah) tak hantar bala untuk hukum kelalaian kita?
Persoalan yang satu sahaja tetapi jawapannya pelbagai.
Adakah hari ini lebih baik dari semalam?
huhuhu...saye pon!tetiba tringat nk mkn itu ini,time tgh solat..adoi2..apapun,b4 solat istighfar,baca 3kul,insyaAllah..fokus tu menjadik ye..
ReplyDeleteheheh..
ReplyDeletethanks for the advise,
boleh cuba lepas nih...