Sunday, September 27, 2009

Teringat dalam solat

Assalamualaikum,
Baru saja habis mengerjakan sembahyang maghrib. Waktu sembahyang tadi teringat pulak hal-hal duniawi yang perlu dibuat esok (claim,gaji,data migration,bro Amir dan Algain,plan pagi esok,dll...). Jadi nampak sangat sembahyang aku tak khusyuk. Jadi persoalannya sekarang, apa tindakan yang perlu dibuat untuk mengelak perkara sebegini berulang?
Pernah aku berbincang dengan bossku/kawanku (Haizar), dah berapa lama kita buat kerja ni (sembahyang), dari sejak kita kecik lagi (seingat aku darjah 4) kita buat, sampai sekarang (dah 17 tahun!!!) tak betul-betul lagi?
Kalau majikan biasa, memang dah lama kena pecat dah, bukan saja kena pecat, ntah-ntah kena saman lagi. Tapi kenapa boss besar kita (Allah) tak hantar bala untuk hukum kelalaian kita?

Persoalan yang satu sahaja tetapi jawapannya pelbagai.
Adakah hari ini lebih baik dari semalam?

Saturday, September 26, 2009

My First Post (after looooong hibernates)

Assalamualaikum,Salam,Hello...
Ini merupakan post yang pertama setelah lama meninggalkan lapangan meng'blog' nih.
Dulu (tahun 2004), terasa teruja betul bila mula menulis untuk blog sendiri.
Terasa macam besar betul diri ni (walaupun diri ini memang besar), sebab bukan semua orang ada blog sendiri. Tapi lama kelamaan minat (atau malas?) untuk sambung menulis kian pudar. Akhirnya blog itu tidak berjaga sebab tuan empunya pun sudah lupa akan password serta login ID nya.

Hari ini (7 Syawal 1430) maklong/paklong datang beraya (sekali dengan kak ina,haikal,abang epit sekeluarga, tapi alan takdak). muksu/puksu dan pakndak/makndak pun datang jugak.
Meriah jugak hari raya tahun ini. Mungkin aku juga perlu buat jemputan 'open house'?
Kena fikir 2 3 kali dan tengok jugak keadaan poket, sehat ke idak?heheh...

Selamat Hari Raya,
Aku meraikan Syawal dan juga pembukaan blog baru nih.