Wednesday, January 19, 2011

BAIK?

hmmm....
dulu-dulu cikgu pernah berkata :
"kalau kita tolong ajar orang, kita sendiri akan pandai"
waktu tu otak masih tak matang lagi terfikir,
"kenapa kena ajar orang lain sedangkan kita bersusah payah nak dapatkan ilmu itu...tak best betul!!"

sekarang...

bila difikir balik,
kita memberi bukan untuk menunjuk atau berlagak,
kita menolong bukan nak di label baik atau terer,
kita melakukan kebaikan hanya sebab kita mahukan yang terbaik dalam kehidupan kita sehari-hari,
kiraanya mudah,

buat baik balasannya baik,
tapi kalau buat baik balasannya jahat bagaimana pula?

hmmmm.....

kita ada agama,
salah satu rukun iman "beriman pada qada' dan qadar",
jadi sekiranya kita dapat jahat hasil dari perbuatan baik,
maka kesimpulannya Allah mahu menguji kita, keikhlasan hati kita,

jadi...

berbuat baiklah, biarpun yang nampak cuma kerugian dan kepenatan.

Berubah..

"Setiap kali kita ada masalah dan kesusahan, buatlah sesuatu. Jangan ubah apa yang tidak boleh diubah. Tetapi ubahlah yang paling boleh diubah. Terutamanya… diri kita sendiri."

Statement hari ini yang ditujukan khas kepada diri sendiri....
aih...cakap senang, tapi mahu atau tidak diri ini kena berubah untuk menjadi lebih baik..

boleh ke tidak?hmmm....

Monday, January 10, 2011

Sesuatu yang sukar difahami...

"if you can't take me at my worst , how do you deserve me at my best "
maksud kasarnya ialah :
"bagaimana kamu mahukan terbaik dari saya jika kamu tidak dapat bertolak ansur dengan perangai terburuk saya?"
kata-kata sebegini menggambarkan bagaimana hidup kat muka bumi ini kita kena bertolak ansur dan jangan menganggap orang lain lebih teruk dari kita.
semua orang pernah melakukan kesalahan, sedangkan nabi yang maksum itupun sudi memaafkan,kenapa tidak kita yang selalu melakukan dosa ini?

Adalah sukar untuk difahami apabila ada orang mahu menghina/memburukkan orang lain sedangkan dia tidak menyedari dia memburukkan diri dia sendiri lebih dari orang yang mahu diburukkan itu.

Memang sukar untuk difahami.

Thursday, January 6, 2011

Sigh...

Aih,
gambar yang telah di post sebelum ni semua sudah hilang,
pergi ke mana pun tak tahu.

ciss...macam mana nak berlagak ni?